729 NO ISA!

Molecular Studies of Malaysian Politics Scenario…

MUNAJAT: Perhimpunan Rakyat Bersejarah Di Stadium Melawati Shah Alam!

Posted by NOISA on March 31, 2008

Lautan Manusia speaker-utama.jpg

      Lautan Manusia di Stadium Melawati Shah Alam semalam, menjadi saksi kebangkitan `Makkal Sakti` di Negeri Selangor semasa Perhimpunan Rakyat dan Munajat Sempena Kemenangan PAS Selangor bersama Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PAS aka Ahli Parlimen Bachok Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor  Dr Hassan Ali dan sejumlah besar Ahli Parlimen dan DUN Selangor dari parti PAS, PKR dan DAP. Antara pemimpin yang dikenali berada di pentas utama ialah Ahli Parlimen Shah Alam Ir Tuan Haji Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo` Lo` Ghazali Dato` Haji Mohd Ghazali sebagai contoh kenamaan yang hadir.

       Antara isi ucapan speaker utama Presiden PAS boleh dilihat di Laman HarakahDaily

       Stadium Melawati yang telah dianggarkan oleh NO ISA! telah memuatkan seramai 20 ribu rakyat dari seluruh Selangor dan luar Selangor pada malam 31 Mac 2008, telah menjadi sejarah paling manis buat pemimpin dan rakyat Negeri Selangor kerana ia adalah acara seumpama yang pertama kali diadakan iaitu Solat Maghrib dan Isyak berjamaah secara besar-besaran telah diadakan di dalam Stadium Melawati! Program yang bermula pada pukul 8 malam berakhir sehingga 12.30 pagi.

       Ini adalah rentetan bagi menyambut kemenangan Barisan Alternatif dan juga adalah ikutan bersolat di dalam stadium yang telah beberapa kali diadakan di Stadium Sultan Mahmud di Kelantan yang telah diilhamkan oleh Mursyidul Am PAS iaitu Datuk Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan. Program bersejarah ini adalah anjuran PAS Negeri Selangor dan Kawasan Shah Alam menjadi tuan rumah kepada perhimpunan paling bermakna bagi menunjukkan bahawa tsunami politik terbukti berlaku di Malaysia selepas PRU ke-12!

       Nikmati dan amati semua gambar-gambar menarik di Ruangan Flickr Photos!

5 Responses to “MUNAJAT: Perhimpunan Rakyat Bersejarah Di Stadium Melawati Shah Alam!”

  1. buspilot said

    OMG!! Subhanallahilazim…
    AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar..!!!

    One thing for sure, unlike UMNO/BN’s gatherings, I’m sure those who came were not paid but simply came for and because of Allah…

  2. Pejuang Negara said

    I have got clear view of people`s say in Selangor!

  3. [...] Blog @ weblog, dan blogger @ penulis blog merupakan contoh perkataan dan fenomena terbaru yang melanda Malaysia selepas mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun yang lalu. Ringkasnya penulisan secara maya di internet merupakan antara satu faktor utama yang menjurus kepada kegagalan Barisan Nasional yang diakui oleh penganalisis politik terkemuka. Ini berlaku kerana individu dan kelompok masyarakat yang mempunyai akses kepada internet yang telah mendedahkannya kepada pendedahan aktiviti seharian pemimpin atau sandiwara pemimpin tanah air. Blog juga memberi ruang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mandat yang diperolehi oleh rakyat!  [...]

  4. shah said

    MEMANG BLOG ITU BAIK TETAPI ANAD BLOGGER HARUS INGAT CUBA PANDANG BELAKANG SEMASA DULU2 MASA ERA LEPAS MERDEKA SIAPA KAH YANG MAJUKAN NEGARA NI DAN KEBANYAKAN ORANG KITA PANDAI DAN MAJU,KAYA SIPA YANG PERJUANGKAN KITA HARUS INGAT SEJARAH JANGAN BAKAR JAMBATAN JIKA KITA BELUM HABIS MENYEBARANG ,SETIAP PERKATA YANG DITULIS HARUS BERLAPIS KITA KAN ORANG MELAYU BERADAP BERSOPAN CUBA JADIKAN CONTOH SEPERTI PAK SAKO YANG TERKENAL TU BAGI YANG BUTA SEJARAH BACA SEMULA SEJARAH DULU2 JANGAN LUPA DIRI SIAPA KITA DAN ASAL USUL KITA KATA PERUMPAAN MENANG JADI ABU KALAH JADI ARANG ,,,AYER DICINCANG TAKAN PUTUS JADI ULAR MENYUSUR AKAR TAKAKAN HILANG BISANYA ,,,,CERMIN DIRI SEBELUM ORANG CERMIN KAN INGAT ASALUSUL….MELAYU TAK AKAN HILANG DIMALAYA CUMA DAH TAK DAPAT TEMPAT DISEMU BANDAR YANG BERGELAR RAYA……..AKIBAT GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG KANCIL MATI DIHIMPIT…. RENUNG..RENUNG KAN…..

  5. Adakah saudara lupa bahawa UMNO yang asal (Semangat 46) dan UMNO sekarang (UMNO Baru)adalah berlainan? Kenapa mesti berubah2? Kerana Islam itu tetap indah tanpa perubahan :)
    UMNO berubah2 bagaikan lalang kerana berpandukan sistem barat yang jelas memandang rendah kepada kemampuan Hukum Hudud mencegah kemungkaran. Adakah kita sebagai orang Islam tidak dapat menerima hakikat bahawa Hukum Hudud adalah Hukum terbaik drp Allah S.W.T?

    Jika tidak dapat menerima hukum hudud, maka saudara perlulah meninjau ilmu lagi kerana tidak bersetuju dengan Hukum Allah samalah kita seperti munafik. Yang mana kita percaya tetapi menyembunyikan kebenaran.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>