ISU KHINZIR: Propaganda Media Kerajaan Persekutuan Ke Atas Kerajaan Selangor
Isu Khinzir Selangor - betulkan fakta yang menyimpang.
Akhbar-akhbar media arus perdana sejak sehari dua kebelakangan ini tidak lain tidak bukan hanya untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Akhbar ‘Utusan Meloya’ yang begitu berat sebelah mengatakan hampir semua rakyat Selangor yang ditemui begitu terkejut dan membantah kerajaan PR Selangor kerana meluluskan projek RM 100 juta di Sepang ini. Isu ini diulas juga oleh Berita Hairan yang mana bertujuan memburukkan imej PAS dimata orang Islam di Malaysia. Memang media arus perdana ini takut untuk serlahkan kebenaran. Mengapa tidak menyiarkan fakta yang betul?? Mengapa perlu menakut-nakutkan orang ramai khususnya rakyat Selangor??? Dengar sini rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Buka mata, buka minda. Berfikir secara rasional. Sehubungan dengan isu babi di Selangor ini, kenyataan media Menteri Besar Selangor telah dikeluarkan pada 8 April 2008 dan saya telah paparkan kenyataan itu. Di sini jelas mengatakan bahawa projek ternakan babi itu telah diluluskan oleh kerajaan BN yang terdahulu pimpinan Dr Khir Toyo dan ianya diteruskan dengan memantapkan lagi proses perlaksanaannya. Penjelasan yang perlu diketahui oleh semua rakyat
yang menggambarkan bahawa kerajaan Selangor dengan penuh bangga meneruskan projek babi yang kononnya mendapat bantahan yang begitu kuat dikalangan rakyat Selangor khasnya dan umat Islam Malaysia amnya.
Sebelum itu, ‘Utusan Meloya’ ini telah menyiarkan berita yang begitu berat sebelah mengatakan hampir semua rakyat Selangor yang ditemui begitu terkejut dan membantah kerajaan PR Selangor kerana meluluskan projek RM 100 juta di Sepang ini. Isu ini diulas juga oleh ‘Berita Hairan’ yang mana tajuk yang dikeluarkan bertujuan memburukkan imej PAS dimata orang Islam di Malaysia. Memang media arus perdana ini takut untuk serlahkan kebenaran. Mengapa tidak menyiarkan fakta yang betul??Mengapa perlu menakut-nakutkan orang ramai khususnya rakyat Selangor??? Dengar sini rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Buka mata, buka minda. Berfikir secara rasional.
Sehubungan dengan isu babi di Selangor ini, kenyataan media Menteri Besar Selangor telah dikeluarkan pada 8 April 2008 dan saya telah paparkan kenyataan itu di sini. Di sini jelas mengatakan bahawa projek ternakan babi itu telah diluluskan oleh kerajaan BN yang terdahulu pimpinan Dr Khir Toyo dan ianya diteruskan dengan memantapkan lagi proses perlaksanaannya. Penjelasan yang perlu diketahui oleh semua rakyat :-
- Projek ternakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat telah diluluskan kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) dalm Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Dr Khir Toyo pada 30 Januari yang lalu. Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid merasakan wajar meneruskan projek tersebut memandangkan kawasan tersebut memang tapak ternak babi di Selangor. Tempat ternakan memenuhi piawaian kualiti yang tinggi yang ditetapkan oleh kementerian yang ditetapkan dan kerajaan Selangor.Tiada bahan buangan yang dikeluarkan kerana ia akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjana elektrik, air untuk pembersihan ladang dan penanaman makanan untuk babi yang diternak. Tiada ladang khinzir baru yang diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di kawasan ini hendaklah dipindahkan operasinya ke sini. Dakwaan yang mengatakan kerajaan Selangor menambah bilangan ladang ternak babi adalah tidak berasas dan yang sebetulnya adalah kerajaan Selangor telah membuat pengumpulan ternakan babi dan ini menjadikannya lebih efisyen kerana kawasan ternakan babi di Selangor tidak berserak seperti di negeri lain.Saya berharap media arus perdana mengeluarkan kenyataan media ini di muka depan media mereka supaya semua rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah diusahakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Tunjukkan fakta yang betul dan sahih bukannya menyiarkan artikel yang tipu, bacul dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Dan kita sebagai rakyat yang prihatin, beritahu dan sampaikan cerita yang sebenar kepada orang-orang yang tidak sampai maklumat kepada mereka. Kita mesti memainkan peranan kita meperbetulkan fakta yang sengaja digelapkan oleh media yang bacul ini. Projek ternakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat telah diluluskan kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) dalm Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Dr Khir Toyo pada 30 Januari yang lalu.
- Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid merasakan wajar meneruskan projek tersebut memandangkan kawasan tersebut memang tapak ternak babi di Selangor .
- Tempat ternakan memenuhi piawaian kualiti yang tinggi yang ditetapkan oleh kementerian yang ditetapkan dan kerajaan Selangor.
- Tiada bahan buangan yang dikeluarkan kerana ia akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjana elektrik, air untuk pembersihan ladang dan penanaman makanan untuk babi yang diternak.
- Tiada ladang khinzir baru yang diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di kawasan ini hendaklah dipindahkan operasinya ke sini. Dakwaan yang mengatakan kerajaan Selangor menambah bilangan ladang ternak babi adalah tidak berasas dan yang sebetulnya adalah kerajaan Selangor telah membuat pengumpulan ternakan babi dan ini menjadikannya lebih efisyen kerana kawasan ternakan babi di Selangor tidak berserak seperti di negeri lain.
Saya berharap media arus perdana mengeluarkan kenyataan media ini di muka depan media mereka supaya semua rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah diusahakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Tunjukkan fakta yang betul dan sahih bukannya menyiarkan artikel yang tipu, bacul dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Dan kita sebagai rakyat yang prihatin, beritahu dan sampaikan cerita yang sebenar kepada orang-orang yang tidak sampai maklumat kepada mereka. Kita mesti memainkan peranan kita meperbetulkan fakta yang sengaja digelapkan oleh media yang bacul ini. BERITA SEBENAR DI SEBALIK ISU LADANG KHINZIR SELANGOR. BACA JGN TAK BACA...
Isu ternak babi di Selangor menjadi tajuk utama akhbar-akhbar media arus perdana sejak sehari dua kebelakangan ini tidak lain tidak bukan hanya untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.
kita sampaikan apa yang perlu disampaikan kepada rakyat…
Oleh Shah
LLS, Perak Region












Persoalan nye kenape kerajaan PR selangor x batal kan je projek ni…Itu lebih elok…Projek ni bkn satu undang2 yg perlu di turuti…Kerajaan selangor bebas utk membatal kan projek ba alif ba ya ni…Kenape nak terus kan…
Actually PR Sel ada choice sama ada nak teruskan @ batalkan shj. Ni mesti sbb nk jg kepentingan sesama sendiri. rakyat yg merana.
Sebenarnya PKR kecut dengan gertakkan DAP iaitu Theresa Koh….. Khalid takut dengan pompuan DAP… sebab tu dia sanggup tuduh Khir Toyo untuk mendapat senyuman Theresa Koh… makan PKR boleh buat kenduri makan daging babi yang disembelih….
Mcm ni sebenarnya.. Mahu tak mahu, projek ni kena adakan jugak. Bukan masalah takut ke tidak,orang cina pun rakyat jugak, so,mana toleransi dan perpaduan dalam masyarakat? memang babi tu haram,tapi hak-hak rakyat lain pun nak kena dgr juga. solutionnya,wat satu projek pusat. dah yang nak kecoh2 ni apa crita? cakap tak betul la.
Isunya orang yang beragama islam dan orang melayu. Keuntungan yang diperolehi sekarang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Persoalannya, Siapa yang menternak? Siapa yang menjual? Siapa yang dapat untung? Siapa yang kaya? Adakah projek ini akan membantu ekonomi masyarakat melayu yang kecil ini? DEB sikit2 nak dimansuhkan, ape lagi hak melayu yang tinggal dari segi ekonomi?
Http://www.matchencang.blogspot.com
Sebenarnya takde isu pun. Org melayu yg tak paham atau yg buat2 tak paham yg menjadi masalah. Ketika ini, (sebelum dilaksanakan/dibina ladang baru) yg kita tau ada 450,000 ekor babi diternak di selangor dengan masalah yg berbagai2 termasuklah masalah najis dan pencemaran bau.
Bukankah pembinaan kandang baru yg moden akan me”limit”kan jumlah babi itu, dan dapat mengawal pencemaran yg masih terus berlaku hasil peninggalan Khir Toyo?
Apakah ini hadiah dari kerajaan PR kepada rakyat Selangor? Sudah pasti dan patut pula disokong terutama oleh org melayu kerana ini akan dapat menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar dari najis babi dan masalah bau yg mengganggu penduduk.
klu dah tau babi tu haram kenapa mesti diteruskan.kerajaan barukan ada kuasa untuk tidak meluluskan projek babi mega.Mengapa harus angguk kepala dan menuding jari kearah pihak lain.
Babi hanya haram dimakan oleh orang yang beragama Islam. Itu jelas kan? Tapi adakah haram bagi kerajaan Selangor memenuhi tuntutan rakyat Selangor atau rakyat Malaysia yang beragama bukan Islam? Kalau haram maka agama Islam tidak rasional di dunia yang majmuk. Adakah saudara mangatakan Islam hanya rasional di bumi yang penduduknya adalah Islam sahaja?
Mmg MB kata BN dah luluskan tp cuba tengok btol2, org pertama yg buat kenyataan psl projek ni ialah Teresa Kok. Die ckp die bangga sbb kerajaan PR TELAH LULUSKAN PROJEK TERNAK BABI RM100m. Esk bile org bising dgn exco(Yaakop Sapari PAS) die ckp projek tu MASIH DLM PERBINCANGAN d peringkat exco. esok bile org desak MB, MB ckp kerajaan BN dulu yg telah luluskan… MANA SATU NIE????? Bukti telah nyata. BN hanya meluluskan kaedah penternakan.Bkn RM100m. RM100m duit sapa? Babi tetap Babi. Haram. Org minum arak pon blum tentu mkn babi. Terlalu sensitif. Tlg lah PR. Sy berubah kpd PR tp ini yg sy dpt… Menyesal aku jd pengkhianat agama, bangsa n negara sbb ikot anWAR…