DS ANWAR: Perdana Menteri Malaysia ke-6?
Posted by NOISA on April 20, 2008

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-6? Itulah perkataan yang tertera pada poster yang menayangkan gambar beliau yang ditampal pada khemah Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa Perhimpunan Bersama 5 Exco Selangor yang berlangsung di Dewan Bunga Kertas MBSA TTDI, Shah Alam pada 19 April 2008. Poster tersebut menjadi tanda tanya di kalangan penyokong PAS yang hadir di situ kerana majlis pada malam tersebut adalah anjuran bersama PAS dan PKR TTDI.
Tindakan memasang poster seumpama itu adalah tidak wajar kerana Pakatan Rakyat yang baru dipersetujui dan belum secara rasmi ditubuhkan. Ia juga boleh mengundang rasa gelisah di kalangan penyokong PAS yang semestinya mempunyai calon Perdana Menteri sendiri apabila Parlimen Malaysia ditawan oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya ke-13 atau dalam di dalam situasi tertentu (ahli Parlimen BN lompat parti). NO ISA! melihat insiden tersebut sebagai tindakan penyokong PKR yang bertindak keterlaluan tanpa memikirkan impaknya. Seharusnya perkara ini dilihat secara lebih relevan dan serius kerana jika DS Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM sekalipun, biarlah ia datang daripada Mesyuarat Pakatan Rakyat yang sah!











mok said
jgn ingat anwar boleh bela rakyat malaysia…apa yg dia buat semasa dgn UMNO dulu…bukan setahun 2 dlm UMNO malah lebih sepuloh tahun…wahai penyokong PAS pikirkan lah betul2 adakah layak anwar (musang berbulu ayam)menjadi pemimpin negara..adakah dia akan melihat dasar perjuangan PAS…adakah DAP akan berdiam dgn perjuangan PAS…kemanakah laungan negara islam yg cukup kuat dilaungkan sebelum ini…si lidah bercabang macam anwar akan merosakkan negara, malah sanggup jual negara demi kepentingan dia…fikir2 kan lah
Dr.Mohd.Rashid said
Kita ada pemimpin yang berpontensi dari PKR & PAS.Bukan Dato Seri Anuar seorang saja.
Kelebihan Dato Seri Anuar, beliau pernah memegang jawatan2 penting sewaktu berada di dalam barisan nasional.
Manusia boleh berubah dari masa kesemasa dan perlu menerima hakikatnya untuk sebarang perubahan.
Putra Sangkar Maut said
Umum rakyat di Malaysia mengharapkan agar Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 6. Tarikh. masa dan harinya hanya Allah SWT yang menentukannya….. Insyallah… Innallaha ‘alaa kulli syai’inqadiir.
DS ANWAR: Perdana Menteri Malaysia ke-6? « Keris Pusaka Melayu said
[...] dari blog pro pembangkang ( baca : pemerintah 5 negeri ) tentang gambar di atas..anda boleh teliti reaksi beliau yang [...]
anakmalaysia said
DSAI must be the next Pm even if he is not a good PM as claim by BN people. He will do better jod compare to current PM or he should be given a chance to do the work for the RAKYAT.
kulindod said
Kami di Sabah ini menunggu sampainya masa DSAI menjadi PM ke 6.Saya percaya DSAI akan mengotakan janjinya kepada rakyat di Malaysia di Sabah. Mok, sewaktu DSAI berada dalam UMNO beliau tidak dapat berbuat apa apa kerana tampuk kepimpinan dibawah seorang ala diktator.
Francis said
We believe PKR / pakatan rakyat have oppportunity to take over the Federal reign.
To us, BN has been contributed to this nation But the leaders simply unable to curb corruption and also wasted too much wang rakyat.. which channelled to a few people which has connection. Look at what the State BN did to Selangor, Penang fund and resources..etc..
sedar said
PAS adalah penyelamat umat islam didalam PAKATAN RAKYAT kerana jelas DAP MENENTANG KERAS jika Malaysia menjadi NEGARA ISLAM….Perbezaan ideologi ini menghalang DSAI menjadi PM…dan DSAI TIDAK PEDULI..biar Islam pupus..biar Melayu hancur…biar Malaysia hancur…yang penting dia berjaya jadi PM..
damian said
jangan fikirkan tentang mana-mana pihak cuma fikir bolehkah mereka mengotakan janji masing-masing dan kita sedia tahu tentang parti kerajaan sedangkan dengan selamba meraka ckp kami hentikan politik wang macam takde masalah bila bercakap .. jawatan tinggi tapi mentality macam haram jadah….. pikir rakyat yang bekerja swasta adilkah bagi diaorang bukan yang gaji besar…. lu pikir la mana dia diaorang punya keadilan di tindas pon korang tak tau tak kira umno atau pakatan rakyat pikirlah tentang rakyat anda….. kerana rakyat yang menentukan antara kamu……
SUARA PEMUDA RAKYAT MALAYSIA
AZURA said
mok said
Sekiranya ANUAR jadi perdana menteri aku lah orang yang paling berbangga…..