729 NO ISA!

Molecular Studies of Malaysian Politics Scenario…

RAJA BERPERLEMBAGAAN: Peguam OKU Beri Amaran Kepada PM & TPM Berkenaan Isu Sultan Perak Selepas Pemimpin Utama Pakatan Rakyat Hanya Berdiam Diri!

       Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada Perdana Menteri dan Timbalannya terhadap isu kenyataan defamatori terhadapnya. Dalam pada yang sama, Karpal juga menyatakan kekecewaannya terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak memberi respon langsung terhadap serangan para pemimpin utama Barisan Nasional berhubung kes Sultan Perak yang mengarahkan Pengarah MAIP dilantik semula.

       Antara Kesetiaan Kepada Raja dan Negara  yang diperuntukan sebagai ideologi kebangsaan Malaysia yang kedua dan Kedaulatan Undang-Undang (rukun negara ke-4), Karpal Singh yang dikenali sebagai pemimpin DAP yang lantang menyuarakan pendiriannya sebagai pengamal undang-undang sejati negara yang lahir dan`diwarisi` daripada England semasa proses kemerdekaan Tanah Melayu. Namun Karpal Singh sepatutnya sedar dan akur kepada situasi Malaysia sekarang yang berbilang kaum dimana semua pihak menjunjung tinggi kedaulatan sesebuah negara yang diperintah oleh sistem yang dikenali Raja Berperlembagaan. Walau bagaimanapun, semua pihak harus memandang serius pandangan Karpal Singh yang dilontarkannya di dalam Parlimen. Adakah salah apabila bertanya di dalam Parlimen? Dan jika bersalah sekalipun, bagilah ruang kepada beliau menjalani proses pembelajaran kerana manusia kadang-kala terlepas kata.

       Seharusnya Malaysia yang mengamalkan sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen dalam dua peringkat iaitu Persekutuan dan peringkat Negeri, harus telus supaya kita bebas daripada tuduhan yang boleh mengundang kepada bencana perkauman yang dasyat sekiranya peristiwa 13 Mei tidak diambil pengajaran.

May 10, 2008 - Posted by NO ISA! | Politik Malaysia | , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | No Comments

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment