729 NO ISA!

Molecular Studies of Malaysian Politics Scenario…

CHEDET: 39 Alasan Barisan Nasional Menemui Kegagalan Pada Usia UMNO 62 Tahun!

       Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed adalah tokoh politik berpengaruh di Malaysia semasa zaman pentadbirannya dan dikenali kelantangannya di luar negara. Beliau yang merupakan Perdana Menteri ke-4 secara terang-terangan telah menolak kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke-5 Malaysia selepas kekalahan teruk Barisan Nasional kepada pembangkang. Tun Mahathirlah yang telah memilih Pak Lah sebagai penggantinya setelah beliau dengan rasminya mengundurkan diri daripada semua jawatan politik dalam arena politik Malaysia. Dalam BN tercari-cari formula mengekalkan pemerintahan turun-temurun sejak zaman kemerdekaan, Che Det dengan bangganya tampil bersuara menuntut Pak Lah berundur. Ikuti coretan Tun Mahathir di laman khasnya.

       Namun Pak Lah membersihkan imejnya yang tercalar dengan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Institusi Kehakiman dan Undang-Undang negara akan dibela dan dihormati dengan memberi bayaran ex-gratia kepada bekas hakim-hakim yang dipecat pada tahun 1988, semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir. Selepas isu ex-gratia digembar-gemburkan, kelantangan Tun Mahathir menuntut pengunduran Pak Lah dilihat semakin hambar. Namun harapan rakyat di sebalik Pakatan Rakyat kembali menemui arahnya semula selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang-ulang kali mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan dalam masa kurang daripada tiga tahun.

      Sekiranya pengumuman Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dianggap sebagai momokan politik semata-mata bagi mengganggu kensentrasi pimpinan UMNO sementara menunggu Perhimpunan UMNO peringkat kebangsaan, setidak-tidaknya tindakan Anwar telah memberi impak kepada ekonomi Malaysia secara logiknya kerana pelabur-pelabur asing akan menangguhkan hasrat melabur di Malaysia sehingga kestabilan politik berlaku. Selepas peristiwa Black-14, yang diraikan di Kelab Raja Sulaiman sempena meraikan penamatan tempoh penggantungan DSAI daripada menceburi bidang politik sebagai wakil rakyat, beliau dilihat memberikan reaksi yang memberikan pelbagai tanda tanya dikalangan pemimpin BN sendiri apabila Anwar meneruskan agendanya di luar negara.

      

May 14, 2008 - Posted by NO ISA! | Respon chedet | , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 7 Comments

7 Comments »

  1. CUBA ANDA SEMUA PANDANG BELAKANG LIHAT SEJARAH LEPASA BACA SEJARAH CONTOH MASA ZAMA MELAKA JATUH KETANGAN PENJAJAH KENAPA MUKIN SALAH SATU ORANG KITA TAK BERSATU DAN TAMAK KUASA BERCAKARAN SESAMA TAK BERSATU KAN KITA ADA ADAP SOPAN YANG DIWARISI DARIDATUK NENEK KITA ,,,AYER DICINCANG TAK PUTUS,,,CARI2 BULU AYAM LAMA2 CENTUM JUA…..TEPUK AYER DIDULANG MERCIK KEMUKA SENDIRI,,,,JADILAH SEPERTI KIAMBANG DAUN LEBAR BERTAUT DIPAYA,,,,,

    Comment by shah | May 19, 2008

  2. Party pembankang sibuk cuba menyatukan party pakatan. tetapi kenapa party yang merajui kerajaan sibuk bercakaran. kalau ini berterusan kita yang akan rugi.

    Comment by Nora | May 20, 2008

  3. Hari ni orang tua nyanyuk tulis dalam NSTP sebab2 Tun Salleh Abbas dipecat dari KHN iaitu sebab tulis 2 surat kepada Agung 1. komplain sebab repair istana Agung bising 2. pm (masa itu) cuba camportangan dlm sistem penghakiman. Pertanyaan: mengapa sekarang baru nak buat penjelasan? kalau kita semak sejarah, mahathir memang ada bagi komen tentang judiciary, bermula dengan UMNO team A dan B dll. Dan lagi, cara TSA dipecat olih Tribunal penghakiman sangat mengaibkan.Mahathir ini semasa memerintah dulu, semua nak dengar cakap dia. Dahlah banyak melakukan kesilapan, tak mahu meminta maaf pulak, bolih tanggung ke semua dosa? Tak takut mati ke? Hamid Othman berilah nasihat.

    Comment by Abdul Kadiak | June 7, 2008

  4. Setuju pada naungan Dr Mahathir.

    Comment by thina | June 23, 2008

  5. Memang Tun patut komen pun sebab dia tau banyak perkara…memang sepatutnyer dia komen KHN Tun Salleh…kenapa dia mengharamkan UMNO…sedangkan kumpulan 11 yg membawa kes tersebut dimahkamah tidak meminta umno diharamkan…tetapi meminta di undi semula pertandingan presiden UMNO di waktu itu…

    Kalu tak silap saya hakim yg mengadili kes tersebut arwah Tan Sri Harun Hashim…

    Adakah Tun Salleh memikirkan tentang kepentingan negara, bangsa dan agama untuk berbuat begitu…setelah Umno diharamkan org Melayu takder parti…kerajaan yg memerintah adalah MCA…tapi alhamdulillah tak lama…Umno baru dpt ditubuhkan dgn cepat dan dpt menerajui semula kerajaan…

    Tun Salleh diwaktu itu rapat dgn golongan bangsawan dan raja2 dan beliau memihak kpd Tengku Razaleigh…itu sebab dia mengharamkan Umno. Dia sebenarnya ‘bias’ dan tidak dpt menjalankan tugasnya dgn adil…kononnya dia memperjuangkan keadilan hanyalah retorik dan penipuan semata2…

    Comment by syabla | July 6, 2008

  6. Fikir-fikirkanlah……….

    Jika malam semakin pekat,
    Maknanya kecerahan akan segera datang,
    Jika tali semakin tegang,
    Maknanya tali itu akan putus,
    Jika keadaan semakin sulit,
    Maknanya kelapangan segera datang.

    Comment by pis | July 11, 2008

  7. pak lah boleh blah

    Comment by lawat | July 11, 2008

Leave a comment