729 NO ISA!

Molecular Studies of Malaysian Politics Scenario…

SANDIWARA BLOG TV 1: Strategi Senyap Menteri Penerangan Menyekat Kebebasan & Kebenaran Cetusan Penulis Blog Pro-Pakatan Rakyat & Anti-Kerajaan?

Posted by NOISA on May 15, 2008

Blog @ weblog, dan blogger @ penulis blog merupakan contoh perkataan dan fenomena terbaru yang melanda Malaysia selepas mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun yang lalu. Ringkasnya penulisan secara maya di internet merupakan antara satu faktor utama yang menjurus kepada kegagalan Barisan Nasional yang diakui oleh penganalisis politik terkemuka. Ini berlaku kerana individu dan kelompok masyarakat yang mempunyai akses kepada internet yang telah mendedahkannya kepada pendedahan aktiviti seharian pemimpin atau sandiwara pemimpin tanah air. Blog juga memberi ruang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mandat yang diperolehi oleh rakyat

Peminat dan pembaca blog tempatan tentunya sedia maklum akan keberkesanan dan impak penulisan cetusan idea terancang yang dihasilkan oleh penulis blog anti-kerajaan. Penulisan maya yang disertakan dengan gambar-gambar eksklusif yang hanya dipaparkan di internet meransang rakyat menolak kebatilan dan mencari kepada arah kebenaran.

A. Kadir Jasin (A Scribe of A Kadir Jasin), Raja Petra Kamaruddin @ RPK (Malaysia Today), Zaharin Yasin (Sang Kelembai) dan Nuraina Samad Ismail (3540 Jalan Sudin) merupakan penulis unggul yang muncul di siaran RTM gara-gara ilham Menteri Penerangan, Shabery Cheek kononnya Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendengar rintihan, keluhan dan pandangan peribadi penulis blog. Adakah keluhan RPK didengar oleh pihak berwajib apabila beliau mengusulkan ISA dimansuhkan?

Umum mengetahui bahawa HarakahDaily dan pelbagai web blog lain yang menuntut supaya ISA dimansuhkan dan tahanan ISA dibebaskan. Alih-alih Menteri Dalam Negeri memberitahu dalam sidang Parlimen bahawa negara ini masih perlukan Akta ISA yang digubal pada tahun 60-an! Adakah rintihan keluarga mangsa ISA didengari oleh Khairy Jamaluddin apabila beliau dengan egonya enggan memakai lencana Anti-ISA yang dihulurkan oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Azizah Ismail?

Kesimpulannya, sandiwara kerajaan melalui RTM yang menyiarkan rancangan Blog di TV 1 dengan menemubual penulis blog anti-kerajaan adalah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana beberapa muslihat. Yang pasti, identiti penulis blog terkenal secara tidak lansung telah mengakui kaitan individu tertentu dengan alamat blog. Dengan ini, Kerajaan dengan mudah telah memantau kewujudan penulis blog daripada menulis penulisan yang boleh menggugat kestabilan politik individu pemimpin tertentu, lebih-lebih lagi UMNO yang bakal berdepan dengan ujian pemilihan pemimpin tertinggi parti.

Soalannya, kenapakah RTM tidak memberi peluang kepada Pemimpin Pembangkang yang lain menyuarakan pendapat mereka secara langsung? Adakah dengan memberi alasan kerajaan mendengar pandangan penulis blog boleh memberi penyelesaian kepada masalah-masalah utama negara seperti rasuah dan salah guna kuasa? Jika benar, bukan setakat blogger, malah pemimpin pembangkang akan turut ditemubual bagi menyelesaikan masalah.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>