729 NO ISA!

Molecular Studies of Malaysian Politics Scenario…

TGNA: Rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz & Mahligai Mewah Pemimpin Kelahiran UMNO?

Kediaman Mursyidul Am PAS aka Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kediaman Mewah Pemimpin Melayu UMNO di Malaysia?

       Melihatkan perbezaan ketara antara dua kediaman di atas, yang mana satukah yang menjadi tanda tanya? Bukan untuk menguji bagaimanakah caranya mengumpul kekayaan, tetapi bagaimanakah agaknya pemimpin yang bakal menjaga kebajikan rakyat? Sudah tentulah TGNA! Kerana beliau tidak menghiraukan perhiasan dunia, tetapi bekerja keras untuk diri sendiri dan rakyat di bawah tanggungjawabnya bagi mendapat keredaan Maha Pencipta sebelum mati. Kepada semua umat Islam, bersatulah menuju Negeri Yang Abadi. Tunjukkan sokongan padu anda kepada Ulamak Islam dan ambillah amanat Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelang pada 19 Mei 2008!

May 16, 2008 Posted by NO ISA! | Lain-Lain | , , , , , | 9 Comments

MAHFUZ VS KHAIRY?: Mencari Glamourity Dengan Mencipta Projek Khinzir Negara (PKR) dibalas dengan Projek Babi Negara (PBN)

       ”Siapa babi negara”? … Itulah ungkapan yang didengari apabila lantang memperkenalkan akronim terbaru. Wakil Rakyat Rembau, YB Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Perdana Menteri telah memperkenalkan akronim terbaru PKR yang merujuk kepada Projek Khinzir Negara semasa sidang Parlimen dijalankan. Sekali imbas tiada salahnya akronim yang diperkenalkan oleh bekas graduan Oxford itu tetapi ia mengundang menjadi hangat.

Wakil Rakyat dari Kulim Bandar Bharu bangun memberi respon dengan meminta YB Khairy menarik balik perkataan akronim tersebut tetapi Khairy bertegas dengan egonya.

”PKR..apa susah sangat?” Khairy menjawab.

Wakil Rakyat Pokok Sena YB Mahfuz Omar pula bangkit memperkenalkan PBN iaitu Projek Babi Negara, sehingga menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan sesetengah pihak.

Adakah Dewan Parlimen Malaysia kini lebih menekankan isu remeh-remeh berbanding masalah-masalah negara sekarang seperti isu parti sosial yang melanggar batas-batas keagaaman apabila satu agensi pelancongan telah menganjurkan parti di luar batas keagaaman secara beramai-ramai yang dianjurkan di hotel di pantai Port Dickson?

 

May 16, 2008 Posted by NO ISA! | Politik Malaysia | , , , , , , , , , , , | 6 Comments