729 NO ISA!

Molecular Studies of Malaysian Politics Scenario…

MAHFUZ VS KHAIRY?: Mencari Glamourity Dengan Mencipta Projek Khinzir Negara (PKR) dibalas dengan Projek Babi Negara (PBN)

       ”Siapa babi negara”? … Itulah ungkapan yang didengari apabila lantang memperkenalkan akronim terbaru. Wakil Rakyat Rembau, YB Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Perdana Menteri telah memperkenalkan akronim terbaru PKR yang merujuk kepada Projek Khinzir Negara semasa sidang Parlimen dijalankan. Sekali imbas tiada salahnya akronim yang diperkenalkan oleh bekas graduan Oxford itu tetapi ia mengundang menjadi hangat.

Wakil Rakyat dari Kulim Bandar Bharu bangun memberi respon dengan meminta YB Khairy menarik balik perkataan akronim tersebut tetapi Khairy bertegas dengan egonya.

”PKR..apa susah sangat?” Khairy menjawab.

Wakil Rakyat Pokok Sena YB Mahfuz Omar pula bangkit memperkenalkan PBN iaitu Projek Babi Negara, sehingga menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan sesetengah pihak.

Adakah Dewan Parlimen Malaysia kini lebih menekankan isu remeh-remeh berbanding masalah-masalah negara sekarang seperti isu parti sosial yang melanggar batas-batas keagaaman apabila satu agensi pelancongan telah menganjurkan parti di luar batas keagaaman secara beramai-ramai yang dianjurkan di hotel di pantai Port Dickson?

 

May 16, 2008 - Posted by NO ISA! | Politik Malaysia | , , , , , , , , , , , | 6 Comments

6 Comments »

  1. Khairy memang berkelakuan seperti b***

    Comment by kulindod | May 21, 2008

  2. Kalau dia memang jantan,tunjuklah kebolehannya.Jangan
    bergantung dan asyik sorok dalam sarung pak mentuanya.
    COME ON BABY

    Comment by Tomb Raider | May 23, 2008

  3. Alahai kulindod kalau Mahfuzomarpun apa kurangnya.Bagus sangat ke orang PAS &PKR yang samggup bersekedudukan dgn DAP yg terang2 kafir harbi.Sila layari Pembela Melayu.com

    Comment by andre | May 24, 2008

  4. Di dalam ajaran Islam, kita mesti adil kepada semua manusia samada berlainan kepercayaan atau tidak. Islam hanya memerangi manusia yang membuat kezaliman tidak kira orang itu Islam ataupun bukan Islam berlandaskan hukuman hudud.

    Mengenai isu bersekedudukan bersama DAP di dalam Pakatan Rakyat, PAS mempunyai beberapa perkara pokok yang menepati Perlembagaan PAS sendiri agar tujuan utama penubuhan Parti PAS dapat dilaksanakan. Tidak timbul isu tidak boleh bekerjasama dengan bukan Islam kerana baginda Rasulullah S.A.W di dalam sirah (sejarah Islam) pernah mengadakan rundingan dengan sekumpulan manusia yang tidak Islam.
    Adakah saudara tahu apa yang terkandung di dalam perlebagaan UMNO dan PAS?

    Comment by NO ISA! | May 28, 2008

  5. sebagai seorang pemimpin negara seperti Khairy Jamaluddin adalah tidak patut beliau bertindak sedimikian rupa…punca kekalahan BN dalam pilihan raya 2008 adalah tidak kepuasan sesetengah kaum bukan melayu..Kebanyakan mereka ni tidak berpuashati terhadap layanan kerajaan BN…ramai yang berpendapat kerajaan BN lebih cenderung membantu kaum Melayu dan kaum bkn melayu tersisih dalam pembangunan…cara Khairy Jamaluddin menghina PKR berkaitan dengan projek khinzir adalah seperti beliau menghina kaum yang bkn melayu…Beliau tidak berfikir seperti seorang pemimpin…nescaya la dalam 5-10 tahun akan datang rakyat akan semakin lama semakin hilang kepercayaan terutamanya di Sabah dan Sarawak….wahai Pemimpin2 UMNO dan BN cepat2 la sedar dalam mimpi….cepat2 la bertindak sebelum terlambat…dan Khairy Jamaluddin ubah la sikap anda tu sebelum ia memakan diri anda…

    Comment by .... | May 28, 2008

  6. Saya bersetuju dengan komen ke-5 saudara …!

    Comment by NO ISA! | May 28, 2008

Leave a comment