DOUBLE STANDARD UMNO ISU HINA RAJA: Abdullah & Karpal Similar Case Scenario Kata Pemuda Pakatan Rakyat?
Posted by NOISA on May 17, 2008
Lupakah kita semua kepada kes pelantikan Menteri Besar Terengganu di mana Pak Lah menuntut Datuk Idris Jusoh sebagai MB tetapi Sultan Terengganu memilih Adun Kijal, Dato` Ahmad Said sekarang sebagai MB? Adegan krisis antara Pihak Istana Terengganu dan UMNO tersebut lebih serius kerana melibatkan banyak pihak! Satu negara gempar apabila Perdana Menteri Malaysia dipanggil mengadap Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan.
Janganlah kita semua lupa akan peristiwa tersebut apabila Peguam Negara dengan yakinnya akan Kedaulatan Undang-Undang Negara Malaysia yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia ke-4, ketika itu Tan Sri Ghani Patail dengan tegasnya melalui media pro-kerajaan menjelaskan bahawa Sultan Mizan tiada kuasa ke atas pelantikan MB Terengganu dengan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada ketika itu. Adakah perlu menyuarakan di khalayak umum tetapi mengambil pendekatan lebih bermaruah dengan mengutus surat secara rahsia atau melalui pintu belakang kepada Pihak Istana?
Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP bertegas mahu Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi juga dikenakan siasatan berhubung kes pelantikan Menteri Besar Terengganu yang memberi maksud Abdullah dan UMNO tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu kerana berani mempersoalkan tindakan Yang DiPertuan Agong ketika itu.
Jika Karpal Singh vs Sultan Perak, adakah kita alpa dan terus mengabaikan sejarah politik Malaysia setelah Pak Lah vs Sultan Terengganu? UMNOlah yang menjatuhkan martabat Raja Terengganu lebih rendah berbanding Raja Perak kerana lantang menentang Karpal yang OKU berbanding menentang Presiden UMNO sendiri.
Adakah pertanyaan Karpal di dalam Dewan Negara yang dimuliakan menjadi kesalahan berbanding hebahan secara langsung di luar Parlimen melalui media cetak dan media massa? Ini adalah antara kesalahan terbesar UMNO di dalam percaturan politik sejarah Malaysia selepas lebih 50 tahun kita merdeka yang pastinya memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Kerajaan Pusat dengan masa menjadi pemisah mutlaknya.
This entry was posted on May 17, 2008 at 3:28 am and is filed under Politik Malaysia. Tagged: Barisan Nasional, Dato` Ahmad Said, Datuk Idris Jusoh, Dewan Negara, harakah, Istana Terengganu, Karpar, Keadilan, kickdefella, Malaysia, Malaysia Today, Malaysiakini, MB, Menteri Terengganu, Pakatan Rakyat, PAS, Peguam Negara, PKR, Rocky Bru, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Perak, UMNO, Utusan Malaysia. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.










