729 NO ISA!

Molecular Studies of Malaysian Politics Scenario…

AMANAT TDM: Pesanan Tun Mahathir Kepada Ahli UMNO & BN Sebelum Beliau Meninggalkan UMNO (Baru)!

Posted by NOISA on May 21, 2008

Negarawan yang mengilhamkan Wawasan 2020 iaitu Tun Mahathir pernah menerajui Parti UMNO pada antara Jun 1981 hingga Oktober 2003 yang bersamaan 22 tahun. Kini beliau telah bersara dari semua jawatan politik dan terbaru nekad meninggalkan UMNO (lebih tepat menentang DS Abdullah) tetapi itu tidak bermakna ahli UMNO atau BN boleh mengabaikan amanat beliau yang mana beliau lebih arif mengenai pentadbiran negara ciptaan beliau sendiri!

Nepotism, rasuahism, diktatorism, Yes to Presiden`s saysism adalah racun kepada masa depan negara Malaysia! Adakah ahli UMNO yang setia kepada Tun Mahathir dahulu sudah ingkar kepada nasihat beliau sendiri? Sudah tentulah penghijrahan di kalangan pengikut setia TDM akan berlaku samada secara terang-terangan atau secara rahsia tanpa pengetahuan Presiden UMNO sendiri iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilabelkan sering tertidur oleh pembangkang.

Apapun pengumuman TDM keluar dari UMNO (Baru) ciptaannya telah membuatkan kes sensasi dalam Sistem Perundangan dan Kehakiman negara iaitu kes video Lingam telah sedikit dilupaikan oleh rakyat Malaysia yang mahukan beliau dikenakan tindakan undang-undang! Daripada menjadi najis negara dengan tindakan undang-undang berhubung kes salah laku, elok benarlah Tun Mahathir menjadi seorang hero atau perintis kepada kemusnahan DS Abdullah secara besar-besaran dengan keluar UMNO. Bagai menyelam sambil minum air, Tun Mahathir juga dilihat dapat membalas dendam ke atas seteru dalamannya yang menentang beliau secara terang-terangan seperti bekas Menteri Perindustrian Antarabangsa Rafidah Aziz, dan Hishamuddin yang memegang keris suatu masa dulu.

Begitulah senario sebenar yang berlaku dalam politik Malaysia. Apabila tiada kuasa dihina-hinakan, tetapi yang berkuasa mutlak diagung-agungkan walaupun hakikatnya pahit ditelan empunya diri.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>