MOKHZANI: Ikut Jejak Bapanya Keluar UMNO Selepas Mukhriz Umum Beliau Kekal!
Posted by NOISA on May 21, 2008
”Saya membuat keputusuan untuk keluar Umno kerana bersetuju dengan pendapat ayah saya bahawa Umno yang ada sekarang bukan lagi Umno sebenar,” katanya dalam laporan Bernama.
Anak ke-2 Tun Dr Mahathir, Mokhzani mengikuti jejak langkah bapanya dengan meninggalkan parti berkenaan. Langkah tersebut dilihat berlawanan dengan Mukhriz tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu menekan UMNO supaya ahli-ahlinya menuntut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagi Presiden UMNO! Beliau yang bergiat aktif di dalam sektor korporat selepas menjadi ahli biasa di Bahagian Merbok adalah Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang.
Dalam isu berkaitan, Datuk Mukhriz pula bakal berhadapan dengan tindakan JK Pengurusan UMNO yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najid Tun Razak selepas menuntut Pak Lah berundur. Adakah ini contoh pemerintahan secara demokrasi? Ini adalah penuntutan terbuka kali ke-2 daripada beliau menggesa Pak Lah meletak jawatan! Dengan rasionalnya, Datuk Mukhriz sudah bersedia dan rela dipecat oleh UMNO sendiri daripada berundur seperti bapanya.
Fenomena terbaru ini dijangkakan bakal menjejaskan UMNO Baru ke tahap maksimum kerana tindakan keluar Parti UMNO telah dipelopori oleh pengasasnya sendiri, Tun Dr Mahathir!
This entry was posted on May 21, 2008 at 5:38 am and is filed under Keluar Parti. Tagged: Bernama, Datuk Seri Najib Tun Razak, harakah, Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia Today, Malaysiakini, Mokhzani, Sepang, UMNO, UMNO Baru, Utusan Malaysia. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.











