WAKIL RAKYAT & RAGAM KUCING: Tanda-Tanda Wakil Rakyat Merasakan Masalah Mental Memikirkan Konflik Dalaman Parti UMNO?
Posted by NOISA on May 23, 2008
Tanda-tanda wakil rakyat menghadapi masalah mental selepas menghadiri Sidang Parlimen?

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur kerana sesi bermula jam 10 pagi di Parlimen…………………………….

Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala selepas dihentam oleh musuh politik dan berasa malu kerana memikirkan kebodohan sendiri…………………………..

Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai walaupun mandi kerana asyik menghafal dialog pada hari tersebut bagi mencari publisiti murahan………………………..

Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan kerana tidak tahu pangkal hujung perbincangan sidang Parlimen…………………………

Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat kerana terlebih makan terutama selepas sesi bersidang……………………………………..

Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat setelah sampai di rumah selepas sidang Parlimen……………………….

Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit dan tidak boleh menerima langsung pandangan pembangkang walaupun menyedarinya hakikat sebenar…………………………………….

Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan oleh Speaker kerana asyik melupakan hasrat anda untuk bangkit mengutarakan hujah…………………………………..

Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda apabila anda tersalah memberi maklumat penting semasa Sidang Parlimen……………………………………………

Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung kerana terlepas cakap sesuatu yang menjadi isu di luar Parlimen terutama kes mahkamah………………………………..

Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat sebelum masa rehat tengahari kerana semalaman memikirkan hujah yang akan diberi…………………………………

Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit apabila tidak mendapat kelepasan atau lampu hijau daripada pemimpin atasan parti…………………………………………….

Ketigabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing apabila wakil rakyat berlainan ideologi cuba mendekati anda………………………………………………

Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas selepas hujah atau usul anda tidak didengari oleh hadirin Sidang Parlimen………………..

Kelimabelas dan akhir:
ANDA SENTIASA MERASA KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT APABILA MENYENTUH PERKARA BERKAITAN ISA kerana anda takut disumbat ke dalamnya! AYUH SEMUA WAKIL RAKYAT YANG MEMPERJUANGKAN NASIB TAHANAN ISA, BERSATULAH MEMBEBASKAN TAHANAN ISA.











Halima said
Awak ni mesti PKR datang dari serawak tapi tak boleh balik sebab orang Serawak tak terima kamu , sebab itu ashik meracu pasal Kucing.
Tapi gambar tu ok lah,keep d hard work.
Tapi jangan fikiran negatif kerana semua tu berlaku juga pada DAP melayu PKR. Dan orang yang di sangka lulus walau pun bodoh,malas,tak baca buku,tak hadir periksa sebab bila tanya dia jawab Pas!!!!