PAKLAH GAGAL!: Harga Petrol/Diesel Naik Bukti Kerajaan Pimpinan DS Abdullah Bankrap @ Penipu!?
Posted by NOISA on June 4, 2008
Adakah rakyat diperdayakan oleh Pak Lah yang selalu menabur janji? Sebelum ini, kerajaan berjanji harga minyak tidak akan naik sehingga hujung 2008. Terbaru media cetak mencatatkan kemungkinan penguatkuasaannya hanya akan berlaku bulan Ogos…
Tetapi pada 4 Jun 2008, dengan tidak semena-mena Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di Putrajaya mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 40 % @ RM 0.78 seliter (daripada RM 1.92 kepada RM 2.70 seliter) berkuat kuasa mulai esok. Bagi harga diesel pula dinaikkan sebanyak RM 1.00 (daripada RM 1.58 kepada RM 2.58 seliter.
Penganalisis politik dan ekonomi menyimpulkan bahawa Pak Lah telah gagal dalam memimpin Malaysia sehingga menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa menanggung keperitan kos sara hidup yang tinggi. Dalam pada yang sama, beliau mengambil risiko terhadap kestabilan politik beliau yang sememangnya rapuh!
Pastinya jawapan yang basi bagi kenaikan harga minyak ialah kerana mengikut pasaran global dan kerajaan terpaksa membayar subsidi. Komen lain pula harga di Malaysia masih murah berbanding negara serantau terutama Thailand dan Singapura!
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak. Adakah rebat tunai ini membantu rakyat?
Ramai pengguna yang sedih bila mendengar kenaikan harga minyak yang keterlaluan ini. Kesan kenaikan harga minyak ini pastinya akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan yang lain…
Mencukupikah rebat tunai yg akan di beri….. memadaikah rebat RM 625.00 setahun….jika secara purata mengisi minyak sebanyak RM 300.00 sebulan @ RM 10.00 sehari. Maka setahun jumlahnya RM 3,600.00. Selepas kenaikan 40 % ini bermakna kos mengisi minyak sebanyak RM 420.00 sebulan @ jatuh RM 14.00 sehari dan setahun sebanyak RM 5,040.00. Beza jumlah setahun adalah RM 1,440.00 sedangkan rebat tunai cuma perolehi sebanyak RM 625.00. Bermakna setahun menanggung kerugian RM 815.00. Bukankah ini penipuan yg nyata dari pihak kerajaan?? Sampai bila rakyat perlu merelakan di tipu???
Terdapat seruan menganjurkan bantahan raksasa rakyat di seluruh negara dan juga seluruh kerajaan PR serta pimpinan PR anjurkan solat hajat mohon hak rakyat terbela… manakala mogok secara besar-besaran pula mampu melumpuhkan semua pentadbiran Kerajaan Pak Lah dan seterusnya mendesak pengambilalihan kuasa dilakukan serta merta.. tetapi kita mesti ingat, rata-rata rakyat telah memilih atau terpaksa memilih Pak Lah sebagai PM. Apakah yang dapat kita lakukan dengan situasi rakyat yang masih mempertahankan Pak Lah? Hanya Parlimen yang dikuasai ahli Parlimen sahaja yang boleh menjadi faktor mengubah pengumuman Pak Lah. Berdayakah mereka? Kerana ahli Parlimen apabila sudah masuk Parlimen sedikit sebanyak telah lupa penderitaan rakyat!
Di sebalik keperitan rakyat menanggung derita kos sara hidup yang tinggi, namun terdapat pula beberapa pihak yang tentunya akan mengaut keuntungan terus hasil dari kenaikan harga minyak tersebut! Siasat bersambung…











Hasbullah Pit said
Whitenaval.
Tiada gunanya kalau kita minta subsidi minyak lebih, pada masa yang sama orang yang tak berkenderaan tak dapat apa-apa
Oleh itu, minta tolong promotekan untuk desakan minta “subsidi makanan” drpd penjimatan yang saya anggarkan lebih 20 bilion itu.
http://sebolku.blogspot.com/2008/06/hanya-138-bilion-sahaja-untuk-kupon.html
azharjaafar said
Kena belajar berjimat dan hidup sederhana. Ujian Allah pada kita supaya lebih mendekatkan diri kepadaNya.
NO ISA! said
Negara yang kaya membangun antaranya ialah mempunyai bekalan makanan bagi rakyatnya bagi tujuh (7) musim terkehadapan! Bukan hanya bersandarkan kepada bangunan yang wujud di sesuatu wilayah. Jika berlaku malapetaka, adakah boleh hidup dengan hanya melihatkan bangunan-bangunan cantik yang tersergam indah?
izzatdin said
sebab itulah struktur subsidi diubah, untuk membolehkan lebihan dana daripada subsidi minyak disalurkan untuk menstabilkan industri makanan. ini membolehkan seluruh rakyat malaysia mendapat manfaat berbanding subsidi minyak dimana bukan semua rakyat malaysia berkereta atau berkenderaan. dengan adanya dana ini diharapkan tujuh musim kehadapan kita lebih bersedia kerana jika malapetaka timbul, minyak2 subsidi belum tentu dapat membantu juga bukan? sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan kita bersama dimasa hadapan
Rantings said
Hasbullah Pit,
Subsidi makanan tuh idea yang tak bijak dan tidak praktikal. Cara tu pernah di praktikkan di India dan beberapa negara negara di Amerika Selatan tapi ia gagal. Malahan menjadi lebih teruk apabila segelintir rakyat mengambil kesempatan menjual kupon tersebut dan akhirnya yang miskin semakin terdesak dan sesetengah pihak merusuh.
NO ISA!
Mahathir cakap boleh hidup melihat bangunan cantik dan tersergam indah macam KLCC, pejabat PM tempat dia kerja dulu dan PICC kat Putrajaya, pastu tempat beriadah seperti Sepang International Circuit,KLIA tu semua bagus. Tak percaya tanya dia, sebab tu dia buat semua tuh untuk kita lah.
NO ISA! said
I have no other comment when our prides (government buildings) have been use by our family of leaders to celebrate certain friends! But what happen to our own people which cannaot at all to enter the buildings!!!
Rantings said
Itulah maksud saya, kita sebenarnya memang berterima kasih sangat kepada Mahathir. Sebab semua benda yang indah-indah dan dibanggakan ini bukan yang kita perlu atau pergi hari-hari. Tambahan lagi nak beriadah kat SIC, ramai tak family-family datang tiap-tiap petang dengan family piknik kat tepi litar? Sejak zaman Mahathir lagi dia tak pernah buat benda yang tidak mendatangkan faedah atau tidak menipu rakyat.
NO ISA! said
To my internet-bro,
The small countries but step ahead such as Sweden and Finland (normally in Europe) are good in manufacturing (due to Research and development) as they can produce their own country-product and spread around the world. Do they have the prides building such as SIC, Putrajaya Building and Petronas Twin Towers? By the way, these ‘prides’ made of by such a big money!
We have these ‘prides’, are we step-ahead from them? Just example to make it clear. We need a good ‘CEO’ in company to make company compatible and survive in the globalization industries. Not to follow the current world economic, but world following our step.
dusunbukit said
saya rasa adalah lebih baik sekiranya subsidi minyak dihapuskan sama sekali. duit 80bil boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah, dengan syarat:
1. tetapkan gaji minima RM1600 sebulan
2. pendapatan individu kena dicukai 36K setahun dan ke atas
3. biasiswa/pinjaman pengajian diberikan kepada yg layak
4. road tax/insuran kereta di bawah 2000cc diberi percuma
5. road tax/insuran semua jenis motosikal diberi percuma
6. semua projek mega dihentikan
7. tumpuan kepada meningkatkan keluaran hasil makanan
8. meningkatkan harga padi daripada RM750 kepada 1K/tan
9. usaha bersepadu membasmi kemiskinan diberi perhatian khusus
Dari Rumput Ilalang Ke Pohon Wudi - Siri 12 « Piranti Ka Citra said
[...] Maka Mekjah sangat-sangat tak puas hati, dan ketidakpuasan hati itu sentiasa membakar dirinya sebagaimana rasa ketidakpuasan seluruh rakyat M…. [...]
roselimy said
Yang lebih penting sekarang Pak Lah letak jawatan sebelum negara hancur lulur.
Siri 12 « Dari Rumput Ilalang Ke Pohon Wudi said
[...] Maka Mekjah sangat-sangat tak puas hati, dan ketidakpuasan hati itu sentiasa membakar dirinya sebagaimana rasa ketidakpuasan seluruh rakyat M…. [...]