729 NO ISA!

Molecular Studies of Malaysian Politics Scenario…

HARGA MINYAK VENEZUELA VS MINYAK MALAYSIA!!!

Posted by NOISA on June 5, 2008

Benarkah dakwaan berikut? Jika benar apa tindakan semua? Cuba lihat analisis penganalisis berdasarkan maklumat yang didapati hasil pembacaan penganalisis mengenai harga minyak di Venezuela!

Rumor adalah seperti berikut, tetapi penganalisis telah membuktikan harga minyak di Venezuela seperti perkiraan di bawah. (Manakala harga minyak di negara lain akan disahkan kemudian kerana kesuntukan masa atau rakyat Malaysia boleh mencuba menyelidik sendiri)

UAE– RM1.19/liter
Eygpt– RM1.03/liter
Bahrain– RM0.87/liter
Qatar– RM0.68/liter
Kuwait– RM0.67/liter
Saudi Arabia– RM0.38/liter
Iran– RM0.35/liter
Nigeria– RM0.32/liter
Turkmenistan– RM0.25/liter
Venezuela– RM0.16/liter

MALAYSIA– RM2.70/liter

PDSVA (company macam Petronas) in Venezuela is an example that currently owns 24 refineries worldwide and sells petrol at N7 per litre. Due to the policies of Venezuelan oil company PDVSA, the Venezuela are able to enjoy $0.19 (atau RM 0.6197) per gallon or N6.12.

Jika 1 gallon (US, liquid) = 3.7854118 litre maka, harga seliter minyak di Venezuela akan jatuh pada harga RM 0.16370742 !!!!!!!!!!

KESIMPULAN MINYAK MALAYSIA (RM 2.70 per liter) TERSANGAT MAHAL BERBANDING MINYAK VENEZUELA (RM 0.16370742 atau RM 0.16 jika dibundarkan)!

Perbandingan statistik di atas adalah berdasarkan maklumat semasa pada hari ini!

26 Responses to “HARGA MINYAK VENEZUELA VS MINYAK MALAYSIA!!!”

  1. badrul said

    salam perjuangan…

    pak lah kata kononnya harga minyak di malaysia terendah di rantau asean kecuali brunei… TIPU!!!

    malaysia : RM 2.70
    indonesia : RM 2.52

  2. SHAM JOHOR said

    kalau tak silap saya, PM ni pernah berjanji minyak tidak akan dinaikkan sehingga akhir tahun 2008. Apa dah jadi? mana janji-janji tu ? JANJI DIANA ka ?

  3. NO ISA! said

    Memang DSAAB pernah berkata demikian. Namun kita tidak inginkan kepada pemimpin Islam yang hanya tahu berjanji tetapi tidak pandai menunaikan janji. Kerana itu weblog yang terdapat di pasaran internet menulis :)

  4. kontoloyo said

    yer lah….macam janji diana.cakap tak serupa bikin.last-last Diana kena tipu.Diana tertipu

  5. sham trg said

    Pada saya kerajaan sekarang amat2 menipu.Ingatlah akan doa-doa orang yang terania wahai

  6. Evut said

    Pak Lah sememangnya tidak sepintar Dr. M dalam menengani isu-isu Nasional dan Global.Dalam tempoh 5 tahun je minyak sudah naik RM1.40. Roket naik, beras naik, semua naik. Darah pun naik, muka pun naik…mcm mau jumpa terus mau kasi naik ini tangan.

  7. eisleeza said

    rakyat yang miskin bertambah miskin..yang kaya,bertambah kaya..cakap putar belit..please le..rakyat bukan lagi bodoh..if nak menipu pun patut le..terendah konon..itu le psal,bnyak tido lagi..dengar lagi cakap anak menantu..org yang membodek lak , amik kesempatan..kipas le ..just step down and let other people rules..RM2.70 per litre is too much..nonsense…

  8. dzulf said

    Wang-wang hasil Petronas masuk akaun PM dan bekas PM dan kroni-kroninya. Wang itu patutnya untuk rakyat. tak caya, semak dalam akaun Bank Israel dan Bank Singapura.

  9. zu...... said

    Kerajaan suruh kita ubah cara hidup kita tapi mereka tak ingat dan lupa mereka yang harus ubah cara hidup mereka dulu baru suruh orang. Macam ketam nak ajar orang berjalan. Apa kata tarik balik allowance minyak, keraiyan, perjalanan, makhluk yang suruh kita ubah tu nak ke tak nak ? Jangan pandai cakap je….Cadangan saya macam ni, kita naik kan cukai jalan dan jangan naik kan harga minyak. Boleh! jangan tahu dia aje nak untung orang lain untung tak boleh. Kalau macam tu daftar kat ROC “Goverment Enterprise” baru boleh make profit. Jangan nak membodohkan oarng ajer

  10. kudakayu said

    K*te pucklah tak naik kot, tu dia balas dendam tu gamaknya.

  11. Assalamualaikum….
    Pernahkah kita terfikir bagaimana hendak mengurangkan harga minyak?Ada tak cara paling baik untuk menurunkan harga barang yang terlalu menjadi-jadsi sejak akhir akhir ini……sama-sama kita cari jalan penyelesaian…..fikirkanlah….

  12. jongos said

    blog2 mcm ni ada ke kroni2 Babi Negara angkat dacing nak baca.. kalau ada baca, jgn baca saja tolong ambil tindakan sewajarnya..biarkan minyak naik dan terus naik, harga barangan keperluan yang lain naik dan terus naik, bukan tu je masalah sosial pun biar teruskan naik, mcmana agaknya pemimpin 2020.. jangan terkejut satu hari nanti rakyat malaysia akan jadi PATI kat indon pulak..mana kita nak lari.. ke India @ China… Lu pikirlah sendiri…aku tak halalkan satu sen cukai aku bayar masuk poket kroni2 Babi Negara angkat dacing….

  13. NO ISA! said

    Waalaikumussalam….

    Berkenaan dengan langkah-langkah mengurangkan harga minyak, semua kementerian kerajaan perlu bersih sepenuhnya daripada rasuah, menggunakan duit kerajaan seminimum mungkin dan pengurusan mestilah setelus mungkin supaya negara tidak perlu dibebani dengan kos-kos yang di luar jangkaan Menteri Kewangan. Apabila terdapat lebihan kewangan yang tentunya melibatkan jutaan ringgit, tentulah pelaburan berfaedah dapat diadakan dan menjanakan ekonomi negara. Tidak perlulah negara bergantung harap kepada duit yang didapati oleh Petronas untuk mengadakan pelaburan.

    Jika pelaburan bagus, maka kerajaan ada duit untuk melihat rakyat berkebajikan. Tetapi masalah ekonomi juga adalah satu aspek untuk melihat keberkesanan sesuatu kerajaan yang dibentuk selepas pilihanraya. Jika terdapat masalah ekonomi, tentunya juga sedikit sebanyak kita dapat mengukur prestasi kerajaan yang dipilih. Jika kerajaan prihatin dan tidak mampu mengurus dengan bijak, biarlah berundur supaya terdapat calon-calon lain yang difikirkan lebih layak menjawat sesuatu jawatan pada masa tertentu dengan situasi tertentu.

    Tidak mungkin seseorang itu valid atau relevan sepanjang tempoh masa tertentu ketika mana seseorang itu mengalami masalah yang rigid seperti hilang kepercayaan daripada rakyat sendiri. Adalah menyedihkan apabila Perdana Menteri yang memimpin adalah pemimpin yang dipandang rendah dan ditolak oleh rakyatnya sendiri.

  14. dzulf said

    Assalamualaikum. Aku geram betul kerajaan ni. Bila banding harga minyak, dia orang banding dg Singapura dan Thailand. Dua negara ni tak keluarkan minyak. Mereka bandingkan dg Indonesia (pengeluar minyak) harga tinggi juga. Memang le, sebab Indon pun sama kuat rasuah macam Malaysia. Mereka patutnya bandingkan harga minyak dengan Kuwit, Venuzuela, Iran dll le. Baru le betul. Aku rasa nak aku selam-selam budak Dolah dan Shahril tu dalam minyak. Biar mereka mampus.

  15. izzatdin said

    sabar2..memang perit nk hadapi kenaikan ini semua. kite harus minta pemimpin2 PR tampil kehadapan dan bentangkan pelan2 untuk tangani masalah ini. dengan sekadar cakap dan berjanji sahaja, mungkin tidak cukup meyakinkan. jika benar mereka mampu, apa salahnya berkongsi demi kebajikan rakyat semua. buktikan keprihatinan dan bukan sekadar mengajak untuk berhimpun semata2 tanpa sebarang penyelesaian konkrit. harap kita semua akan lebih selesa di masa hadapan

  16. siobhan said

    Hello,ahu ni orang kuat UMNO bahagian tapi dah tak tahan dgn sikap pemimpin yg dok ada ni,kenapa depa tak kurang elaun keraian menteri2 dan pegawai2 kerajaan, mereka ni yg dok perabih duit income aku dan rakyat lain. Aku tau sebab dulu aku pun dok dlm goment jugak, banyak penjimatan boleh dilakukan ,kenapa org asia ni asyik suka pakai sistem buruh paksa. bila dok dlm corporate world you baru tau!
    the harder you work the more money you make, the more tax you pay! Mana pi duit2 ni, mismanagement by pak lah and kuli2…

  17. NO ISA! said

    Waalaikumusalam…

    We are here to open up our mind… and at the same time make some ‘Dakwah matter’… just to elaborate in detail about what actually should be and not to be …. because we are outside of Parlimen. For those who inside Parlimen, take your actions/moves not to play-play around with your title.

  18. Rantings said

    “Bro, kalau ye pun bijak laksana sangat nak buat analisis, jangan analisis sekerat je. Punyalah bijak laksana nak banding Malaysia dengan Venezuela?!

    Ya, memang Venezuela negara pengeksport minyak dan harga minyak yang dipasarkan tempatan seperti yang bro nyatakan. Tetapi bro tahu tak, negara ini sedang menanggung beban hutang negara yang teruk sehingga terpaksa meminjam wang dari bank dunia dan IMF?

    Lantaran sikap pemimpin yang terlalu kejam dan bersikap rejim (jauh beza daripada Malaysia) serta rakyatnya yang kerap merusuh walaupun kerajaan menaikkan harga walaupun hanya 7 sen telah menyukarkan perkembangan ekonomi, semakin kurang pelaburan asing serta semakin kerajaan dihimpit dengan hutang berbillion-billion untuk memastikan harga barangan memenuhi kehendak rakyat.

    Sehingga kini negara itu sedang mengharapkan bantuan berterusan selama 5 tahun sebanyak USD10 billion dari Bank Dunia untuk ’secure’ rizab antarabangsanya.Akhirnya negara ini pada hakikatnya sudah bankrupt.”

  19. NO ISA! said

    Semua orang berhak mengkaji dan memberi komen berdasarkan apa yang dilihat dan disusuri bukti. What are your evidences that Venezuela such the bad scenario? Please put your link here, the evidences..

  20. mokhtar said

    sesape yg menyokong bn tu mmg dapat komisyen beli minyak
    saudara2 penyokong bn
    aku nak tanya kerajaan yang ujud untuk ape sebenarnya
    adakah untuk membantu rakyat mnegurus negara atau mengurus untuk poket sendiri
    kena ingat kita lantik mereka untuk memastikan rakyat senang bukan menjadikan rakyat susah
    minyak hanya 30%je dari hasil negara
    iplikasi bila minyak naik rakyat yg susah akan makin susah dan yg kaya akan makin kaya
    kalau dulu rakyat yg mencari rezeki kais pagi makan pagi mamapu memebeli dgn hasil pencarian mereka
    kini apa yg mereka kerjakan tidak mampu menampung kehidupan mereka dan akan ujudlah suasana di etophia di malaysia apabila rakyat kekurangan zat
    semakin ramai yang merempat
    duit semakin tiada nilai akibat inflasi yang semakin berkembang
    ade otak ke tak de otak kamu penyokong2 bn
    kamu tak rasa seram ke bila kita melihat senario kebuluran di etophia kini bakal ujud di negara kita
    kalau kerajaan hapuskan pendapatan 30% dari minyak tu pun demi rakyat aku rasa tak bankrup pun malaysia
    bila rakyat senang inflasi menjunam menjadi 1 ke 2 % sahaja kuasa membeli rakyat akn bertambah
    semua benda di malaysia akan murah dan segala perniagaan akan maju
    pelabur2 akan berlumba2 masuk malaysia kerana letrik murah minyak murah bahan mentah murah
    bila perniagaan maju keuntungan bertambah mereka kena bayar cukailebih besar
    aku rasa cukai2 yang mereka bayar lebih besar dari 30% hasil minyak mini
    kenapa penyokong bn yb2 bn tak berotak
    jadi tadbir malaysia mcm urus sebuah syarikat
    yg mana pekerja bawahan tertindas asal bos untung besar
    ini negara ma
    bukan nya syarikat
    apa salah kita untung sikit asal rakyat tenang dan senang
    tapi itulah kamu org2 bn
    kamu lebih rela duduk didalam kerajaan yang mana ppoket pemimpin lebih penting dari jiwa dan raga rakyat
    aku menyeru kepada 30 ahli parlimen bn agar melompat masuk ke parti2 pakatan rakyat untuk pakatan rakyat menubuhkan kerajaan
    jika anda benar2 cintakan negara jika anda benar2 berjiwa malaysiajika anda benar2 prihatin kepada rakyat
    ayuh mari kita sama2 pupuskan bn/umno dari muka bumi malaysia ini
    ingat anda dilantik sebagai yb untuk menjaga mlaysia supaya aman diduduki
    jika anda bersengkokol dgn manusia2 yang memerintah mengikut hawa nafsu ini maka bersaksilah wahai 24 juta rakyat malaysia bahawa kita akan dakwa mereka ini di akhirat kelak amin

  21. Zul5050 said

    Assalamualaikum. Thailand gelak besaq bila tahu Malaysia Negara Pengeluar minyak menjual minyak pada perbezaan 30 sen sahaja. Kerajaan Malaysia tidak tahu ke di Thailand tiada tol, rakyat Thailand membeli kenderaan pada harga jauh lebih murah daripada Malaysia dan banyak end product Thailand lebih murah dari Malaysia. Mungkin Pak Lah PM Malaysia pertama di tumbangkan secara memalukan.

  22. cliff em all said

    giler..!!!
    Goverment dah mereng dan sakit jiwe!!!
    Pemimpin dah nyanyuk !!!

  23. cliff em all said

    sape setuju kalau aku cadangkan setiap org rakyat m’sia berikan satu se’pak di pipi PM secara percume dan ikhlas???

  24. cliff em all said

    dulu aku isi minyak ex-5 RM3 dah boleh pakai pegi keje 2 hari.
    sekarang RM7 pakai pegi dan balik keje jek..besok kene isi lagih!bayangkanlah..dok KL..gaji RM1400..umah nak bayar,keta nak bayar,minyak nak isi..last² perut kite gak yang masuk angin tak berisi!!!!!
    jadi tepuk dada tanye selera..sape pemimpin yg korang nak pilih di mase depan..? yang membela nasib korang ke atau yang nak melingkupkan korang dan pijak² kepala korang..
    aa…lu pikir la sendiri!
    P/S;aku sedang berade di tahap ketensenan yang melampau!!

  25. susah-susah saja said

    pemimpin-pemimpin menyeru rakyat mengubah cara berbelanja..
    bagaimana mengubah cara berbelanja sedangkan itulah yang keperluan kita seharian. Lagipun kita ini memangpun berpandapatan rendah dan tidak mampu berbalanja banyakpun. Lainlah kalau gaji besar/ada bisnes

  26. Kajang man said

    saya nasihatkan kamu seme yang suka tulis komen tu fikir betul2 jangan tulis sembarangan aje.nak komen pasal petronas tapi lapuran tahunan petronas tak pernah baca. Orang kat petronas tu buat lapuran ikut suka hati ke. Berapa dia orang bayar akauntan yang penat untuk buat imbangan kita pun tak tau.Engkau orang tau akaun ke. Kalau setakat lulus spm atau baru lulus degree kelas tiga jangan cakap banyaklah. Cari kerja elok elok jadi akauntan bertauliah baru boleh komen.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>