729 NO ISA!

Molecular Studies of Malaysian Politics Scenario…

RAMLANG PORIGI!!!!! KeNaL DaHuLu BaRu iKuT :) aKu iKuT `aLiM BuKaN aLiM!!!

Posted by NOISA on August 26, 2008

Kuda Kepang Malaysia melaporkan siapa sebenarnya Ramlang Porigi. NO ISA 729 sudah lama yakin bahawa isu Saiful Bukhari memang tak boleh dipakai gara-gara Saiful Bukhari itu sendiri yang nampaknya tak boleh diyakini, apatah lagi isu yang dibawanya. Beliau tidak boleh diyakini kerana pendiriannya yang disampaikan melalui media (pro kerajaan) asyik berubah-ubah!!!

Sekejap kata rela sama rela, sekejap tak rela diperlakukan begitu la…

Dalam ilmu hadis, yang mementingkan siapa yang mengumpulkan hadis, maka timbullah maksud dan taraf hadis itu sendiri seperti Hadis Sahih Bukhari, dan Hadis Sahih Muslim.  Bukhari dan Muslim merujuk kepada Imam Bukhari dan Imam Muslim itu sendiri, yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang melayakkan hadis hasil usahanya disebut Sahih!!

Adapun Imam-Imam Hadis (yang mengumpulkan hadis juga seperti Imam Tarmizi, Imam Abu Daud) yang lain tidaklah disebut Sahih tetapi dengan taraf hadis yang bukan sahih seperti Hadis Hassan, Hadis Sahih Hassan dan sebagainya… Bagaimana Hadis itu dikelaskan Sahih/Hassan/Daif/Palsu sila rujuk Kitab.

Kesemua pengkelasan Hadis dibuat berdasarkan siapa Imamnya. Kepada kita semua di zaman moden ini, kita juga sepatutnya merujuk siapa yang bercakap berkenaan sesuatu isu. Siapa yang keluarkan kenyataan. Jangan main pakai je. Jikalau pasal sumpah, Nik Aziz dengan Tun Mahathir, sudah semestinya kita perlu merujuk Nik Aziz kerana Nik Aziz kita tahu lebih dekat dengan ilmu agama berbanding Tun Mahathir.

Sekarang jika kita lihat siapa Saiful Bukhari atau Ramlang Porigi, adakah kita perlu mempercayainya? Lebih-lebih lagi Saiful Bukhari? Bagi saya siapa Ramlang Porigi tidaklah penting sgt dalam isu sumpah ni kerana isunya lebih utama melihat siapa Saiful Bukhari! Kalau Saiful Bukhari tu dah kejap cakap mcm nie, kejap macam tue, macamnane saya nak percayai Saiful Bukhari? Hanya orang yang membutakan mata hatinya tanpa ilmu sahaja yang memejamkan mata hati kerana ader agenda tersendiri.

Antara BN dan Pakatan Rakyat, parti-partinya mempunyai Perlembagaan masing-masing, maka cuba selidik dahulu. Jika UMNO Parti Melayu, maka PAS parti Islam. Melayu tidak semestinya Islam tetapi Islam semestinya menyeluruh. Jangan jadi semacam Israel dengan Yahudinya, bangsa cerdik pandai tetapi dimurkai Allah.

Kesimpulannya, manusia yang bertopengkan Kerajaan sememangnya tidak takut akan hukuman Allah di Akhirat kelak. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang berilmu dan beriman. Amin.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>