BEDOL NAPOLEON IS BACK IN MALAYSIA!

Pimpinan tertinggi PAS bertemu secara rasmi sebelum menjelaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan UMNO. Muzakarah yang digembar-gemburkan oleh PM adalah agenda politik murahan Pak Lah. Nik Aziz dan Hadi Awang menegaskan bahawa ‘bersemuka’ dan ‘bermuzakarah’ adalah dua perkara yang berlainan.
UTUSAN MALAYSIA vs UTUSAN RAKYAT


Macamana PM kita sendiri boleh mengenalpasti ketidakterlibatan Ghani-Musa? PM begitu yakin. Bagaimana kalau PM juga bersubahat? Siapa yang akan mengadili PM?
LAPORAN POLIS & KENYATAAN TERTUDUH & KENYATAAN BERSUMPAH
Laporan polis (yang dibuat oleh Saiful) adalah dokumen awam dan tertuduh (Anwar) patut diberikan satu salinan.
Peguam dan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya menjelaskan, kebiasaannya, polis akan merahsiakan laporan untuk melindungi identiti pengadu, tetapi dalam kes ini, identiti Saifaul sudah diketahui umum.
“Apa yang kami bimbangkan ialah laporan polis tersebut dimanipulasikan selepas polis mengambil kenyataan Anwar,” katanya.
Difahamkan dalam laporan polis Saiful, masa tempat kejadian tidak didedahkan walhal ia adalah kemestian dalam mana-mana laporan polis yang dibuat. Mungkinkah polis ingin mengetahui di manakah Anwar pada hari ‘kejadian’ dan merekodkan kenyataannya, lalu mengubah memanipulasikan laporan asal Saiful Bukhari?
Dalam pada yang sama Raja Petra pula ditahan dan didakwa kerana membuat kenyataan bersumpah palsu. Bagaimana pula dengan Balasubramaniam yang membuat kenyataan bersumpah? Siapa yang membenarkannya atau menidakkannya seperti dalam kes Raja Petra?
1998 & 2008

Penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mengekang kemaraan agresif DSAI menarik sokongan rakyat menuntut kejatuhan kerajaan pimpinan Pak Lah. Sekurang-kurangnya, Pak Lah dan Najib berjaya mengganggu gugat jadual ketat DSAI dan susun atur perjalanannya dalam menarik ahli Parlimen BN melompat parti. DSAi kini jadualnya dikawal oleh pihak polis maka beliau kesuntukan masa! Itu adalah taktik melengah-lengahkan masa dan kerajaan ingin membuktikan bahawa DSAI berbohong mengenai September 16. Percayalah…
MALAYSIA & NORTH KOREA

We have a lot more in common with the most oppressive regime in the world than you think. Think about it, they have Gulags, we have ISA. They bleed their own people to maintain their lavish lifestyle, we have high oil prices, high inflation, tolls to pay, expensive cars & low wages. They have two sets of law, one for the people and another that exempt the elites from it, just like ours. Zealous main stream media propaganda. They have Secret Police to intimidate its people, we have the SB. They idolized their leaders like a cult, not unlike us.
SHABERY: Letak Jawatan?
Saya sendiri sudah menjangkakan bahawa saya tidak mungkin dapat menandingi Saudara Anwar Ibrahim, tetapi konspirasi yang dilakukan oleh Agendadaily telah memerangkap saya. Dan saya percaya, ini semua dilakukan oleh Tingkat Empat untuk membunuh karier politik saya.
Shabbery bin Chick,
Menteri Penerangan Malaysia.
Tarikh: 16.7.08
YAB Perdana Menteri,
Per: Perletakan Jawatan.
Seperti yang saya janjikan, saya akan mempertaruhkan jawatan saya sekiranya saya tewas dalam perdebatan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim semalam. Walaupun saya tidak mengaku kalah, tetapi pendapat umum mengatasi segalanya.
Saya sendiri sudah menjangkakan bahawa saya tidak mungkin dapat menandingi Saudara Anwar Ibrahim, tetapi konspirasi yang dilakukan oleh Agendadaily telah memerangkap saya. Dan saya percaya, ini semua dilakukan oleh Tingkat Empat untuk membunuh karier politik saya.
Tiada siapa yang dapat menangkis hujah-hujah Saudara Anwar, terutama tentang kenaikan harga minyak, dimana saya sendiri percaya tidak patut dilakukan. Tapi apakan daya, saya hanya berusaha sedaya mungkin.
Diatas kekalahan tersebut, saya dengan ini meletakkan jawatan saya serta merta. Saya rasa tidak perlu saya menunggu sehingga Jun 2010 untuk meletak jawatan apabila merasakan saya tidak mampu menjalankan tugas dengan penuh berkesan.
Yang benar,
Shabbery Chick.
(surat diatas didapati bertaburan dimasjid-masjid dan tidak dapat disahkan kesahihannya.)
daripada Republikkata
DSAI: Jelajahi Malaysia PakLah Penjajah Moden!
ANWAR IBRAHIM
“TOWARDS A NEW DAWN”
SUMMER 2008 TOUR
EVENTS THIS WEEKEND
SEREMBAN, Negeri Sembilan
THURSDAY 10/7/2008, 8:00 PM
Location: Dataran Muhibah, Kg Ismail Batu 2, Jalan Pantai, Seremban
Program: Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Anthony Loke (Member of Parliament Rasah), YB Saifuddin Nasution (Member of Parliament Machang), YB Dato Kamaruddin (Member of Parliament Teluk Kemang)
For info contact: Sabaruddin 0172462237, Chai 0166313232
KOTA BHARU, Kelantan
FRIDAY 11/7/2008, 9:00 PM
Location: Putik, Pengkala Chepa, Kota Bharu
Program: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan), YB Datuk Husam (State assemblyman Kijang), YB Saifuddin Nasution (Member of Parliament Machang)
For info contact: Makatar, 0139293586
ALOR STAR, Kedah
SATURDAY 12/7/2008, 8:00 PM
Location: Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar
Program: Datuk Seri Anwar Ibrahim , Senator Zamri Yusuf, Ustaz Azizan (MB Kedah), Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
UPCOMING EVENTS
18/7/2008 - At Melaka, 9:00 PM
19/7/2008 - At Kuantan, Pahang, 9:00 PM
20/7/2008 - At Batu Pahat, Muar, Johor, 9:00 PM
NO 1 & 2 UMNO: Pak Lah Pastikan Dirinya & Najib Tidah Ditentang!
Berkempen untuk pemilihan dalam mesyuarat agong tidak dibenarkan, tetapi Presiden membawa semua pemimpin daripada Bahagian untuk diarah supaya tidak mencabar sesiapa selain daripada dirinya sebagai Presiden.
Gula-gula diberikan kepada Dato Seri Najib bahawa dianya juga dikhendaki bebas daripada cabaran untuk Timbalan Presiden. Ini dituju kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin bertanding Timbalan Presiden. Jika Muhyiddin bertanding juga maka ini bermakna dia tidak setia kepada parti, pengkhianat, kerana tidak hormat arahan demokratik oleh Presiden.
Seorang yang dianggap lebih setia kepada Dato Seri Abdullah akan menggantinya. Pengganti tidak akan ambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2010 kerana kurang pengalaman. Dato Seri Abdullah akan bermurah hati untuk mengisi jawatan itu hingga Pilihanraya Umum ke-13.
Jika trend pemikiran rakyat berterusan Barisan Nasional akan kalah dalam Pilihanraya Umum ini dan Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri. Oleh itu tidak adalah jawatan yang hendak dialih kepada pengganti Dato Seri Najib.
Pengasas-pengasas UMNO daripada kubur mereka akan kutuk orang yang telah musnahkan parti yang mereka bentuk dan wujud guna untuk menebus maruah orang Melayu dan negara Malaysia.
Parti yang mereka tubuh sudah di hi-jack oleh Dato Seri Abdullah untuk kepentingan diri dan keluarga sehingga hancur parti dibuatnya.
Demikianlah terbukanya Tun Mahathir mengulas demi kepentingan UMNO kononnya..
ATTN

This is a personal weblog. The opinions expressed here represent are my own and is not intended to malign any religion, ethnic group, institution, or individual. Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective visitor. This blogger reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities, and in order to protect the rights of each commentor where available.











































